Ikuti Kami:

Lee Junghyun Rai Kelahiran Anak Pertama

Lee Junghyun Rai Kelahiran Anak Pertama

Pelakon dan juga penyanyi terkenal Lee Jung-hyun pastinya mempunyai peminat tersendiri dek kerana bakatnya dalam kedua-dua bidang sangat mengagumkan. Setelah mendirikan rumah tangga tidak lama dahulu, Lee Jung-hyun kini meraikan kelahiran anak pertamanya!

Pelakon Lee Jung-hyun ini sangat terkenal melalui karya terbarunya, “Peninsula” sebuah movie yang bergenre aksi seram pada tahun 2020 lalu dan juga sebuah filem misteri, “Decision To Leave” pada tahun berikutnya.

Lee Jung-hyun memilih untuk menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini seorang doktor ortopedik pdaa 2019 yang lalu, serta majlis tersebut juga dijalankan secara tertutup demi menghormati permintaan untuk mempunyai ruang peribadi oleh suaminya.

lee junghyun

Terbaru, agensinya Pinetree Entertainment telah mengumumkan khabar gembira bagi pihak pelakon tersebut.

Pada 20 April lalu, pelakon Lee Jung-hyun selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat di sebuah hospital di Seoul. Kedua-dua mereka dalam keadaan baik dan sihat, tambahan pula Lee Jung-hyun sekarang sedang beristirehat dengan gembira. 

Agensi Lee Jung-hyun turut menambah,

Lee Jung-hyun kini sedang menunggu tayangan filemnya “Decision to Leave” dan “Limit” masing-masing pada tahun ini.

Lee Jung-hyun merancang untuk kembali melakukan promosi sejurus selepas kesihatannya kembali pulih. Kami sangat berterima kasih kepada semua orang yang menyampaikan ucapan tahniah kepada Lee Jung-hyun. 

Kami meminta anda untuk memberi sokongan dan galakkan kepada Lee Jung-hyun, yang telah meraikan ahli keluarga baharu.

Para peminat Lee Jung-hyun semestinya tumpang gembira dengan berita baik ini. Diharapkan agar pihak Lee Jung-hyun serta suaminya akan menjalani kehidupan sebagai ibu dan bapa dengan baik selepas ini. Jadi, buat para peminat, teruskan memberi sokongan korang dan tunggu comeback Lee Jung-hyun okay!

Semoga berbahagia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...