Lee Joomyung & Choi Hyunwook Jawab Jika Mereka Akan Bercinta Dalam ‘Twenty Five, Twenty One’ Nanti
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Ramai pastinya ingin mengetahui kesudahan kisah antara Moon Ji-woong (Choi Hyun-wook), Ji Seung-wan (Lee Joo-myung) dan Ko Yoo-rim (Bona WJSN) dalam “Twenty Five, Twenty One” nanti kan?
Menerusi siaran radio ‘MBC FM4U 2 O’Clock Date With Muzie and Ahn Youngmi’, kedua mereka telah berkongsi pelbagai cerita mengenai drama itu.
Semasa sedang bersembang, hos Ahn Young-mi merasakan bahawa watak Ji-woong dan Seung-wan akan menjadi pasangan kekasih nanti.

Katanya,
Saya merasakan awak berdua mempunya keserasian yang unik. Hanya tinggal beberapa episod sahaja lagi, adakah akan ada plot twist?
Jawab Choi Hyun-wook,
Pertama sekali, dalam episod ke-11, saya meluahkan perasaan buat Yoo-rim dan kami sedang bercinta kini. Namun, saya tak pasti apa akan jadi pada masa hadapan. Sila tonton drama ini.

Selepas menjelaskan hal itu, Choi Hyun-wook dilihat memandang Lee Joo-myung dan tersenyum bersama.
Adakah akan ada plot twist tak dijangka?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




