Siapa sangka, IU dan V BTS akan nampak serasi bersama!
Terbaru pada 24 Januari, IU telah membuat kemunculan semula dengan lagu barunya berjudul “Love wins all”, yang turut menampilkan V sebagai tetamu istimewa dalam muzik video untuk lagu tersebut.
Khususnya dalam muzik video itu, IU dan V memainkan watak sebagai pasangan kekasih yang cuba mencari kebahagiaan bersama, memaparkan keserasian mereka yang mantap.
Selain itu, salah satu babak yang menjadi perbualan ramai adalah adegan di mana kedua mereka kelihatan mesra bergambar di dalam photo booth, dengan memakai baju pengantin.
they look so good together this is insane
pic.twitter.com/eM5OTBfWaR—
(@serenefiIms) January 23, 2024
Bukan itu sahaja, ramai juga yang berharap agar selepas ini IU dan V akan bergandingan bersama dalam sebuah drama atau filem pula, dek ‘chemistry’ luar biasa antara mereka.
Malahan di sosial media, peminat juga telah memuji lakonan mereka dan menulis komen,
Mereka berdua adalah pelakon yang hebat.
Saya ship mereka..tapi IU dah berpunya.
Lee Jong-suk tutup mata tau hehehe.
Kami memerlukan IU dan Tae-hyung untuk berlakon dalam K-Drama atau filem bersama! Chemistry mereka memang another level.
Tak sangka video 5 minit ni pun boleh buat saya nangis. Lakonan mereka memang hebat.
Sementara itu, muzik video “Love wins all” juga telah meraih lebih 5 juta tontonan di YouTube kini, kurang dari 24 jam selepas dikeluarkan.
Tonton video penuh di atas!