Lee Jongsuk & Go Minsi Dilapor Tolak Tawaran Berlakon Bersama Dalam Siri Romantik Baru
- oleh Fareen
- 2 tahuns lalu
Nampaknya, tak dapatlah penonton lihat Lee Jong-suk dan Go Min-si bergandingan bersama dalam sebuah drama..
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Lee Jong-suk dan Go Min-si telah menerima tawaran untuk terajui drama romantik baru berjudul “I’m Against My Romance”.
Untuk pengetahuan, “I’m Against My Romance” membawa kisah bekas kekasih yang kembali bersama dan menerokai sama ada mereka menyambung hubungan yang biasa dilalui atau sesuatu yang baru.
Namun pada 26 Disember, kedua-kedua mereka dilapor telah memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam naskhah tersebut dan pasukan produksi masih mencari pengganti untuk pelakon utama.

Mengenai khabar angin bahawa produksi drama itu akan dibatalkan, Studio Dragon menjelaskan,
Khabar angin produksi itu dibatalkan adalah tidak berasas. Kami kini dalam proses memilih pelakon.
Ala, baru nak tengok Lee Jong-suk dan Go Min-si berlakon sekali!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




