Adakah Lee Jong-suk akan kembali dengan drama baru?
Khabarnya, lelaki itu akan menerajui drama “Seochodong” di mana dia akan berlakon sebagai Ahn Ju-hyeong iaitu seorang peguam dengan 9 tahun pengalaman.
Agensi Lee Jong-suk mendedahkan bahawa mereka ada menerima tawaran itu dan sedang menelitinya kini.
Penggambaran akan bermula pada hujung tahun ini dan bersiaran pada tahun 2025.
Nantikan maklumat lanjut!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.