Ikuti Kami:

Lee Jinwook & Song Kang Dilihat Jalani Penggambaran ‘Sweet Home’ Musim Kedua

Lee Jinwook & Song Kang Dilihat Jalani Penggambaran ‘Sweet Home’ Musim Kedua

Merupakan salah satu siri Netflix yang berjaya, pasti ramai penonton yang menantikan tayangan musim kedua “Sweet Home”.

Pada 18 April, salah seorang pengguna di sosial media telah memuat naik foto lokasi penggambaran bagi siri Netflix “Sweet Home” musim kedua. Pada hari itu, seorang netizen berkata,

Ada kereta yang rosak di hadapan saya, dan ada tambahan polis bersenjata. Saya sedang merakam sesuatu, dan kelihatan seperti Song Kang sedang menjalani penggambaran.

Bukan itu sahaja, gambar Lee Jin-wook dan Song Kang sedang menjalani penggambaran juga telah tersebar di sosial media, menambah keterujaan penonton yang sudah lama menantikan keluaran musim kedua siri ini.

Sementara itu, “Sweet Home” menceritakan kisah seram dilalui oleh seorang pelajar sekolah menengah yang baru sahaja berpindah ke sebuah flat bernama Green Home dan diugut oleh raksasa yang cuba untuk melenyapkan seluruh umat manusia daripada muka bumi ini.

“Sweet Home” merupakan antara siri Netflix yang berjaya pada 2020 memandangkan ianya turut tersenarai tinggi dalam ranking global Netflix pada ketika itu. Ianya turut dibintangi oleh Lee Do-hyun, Lee Si-young, Go Min-si dan Park Gyu-young pada musim pertama.

Bila agaknya “Sweet Home 2” akan ditayangkan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...