Ikuti Kami:

Lee Jinwook, Lee Joon, Kwon Nara & Gong Seungyeon Jadi Teraju Utama Drama Fantasi ‘Bulgasal’

Lee Jinwook, Lee Joon, Kwon Nara & Gong Seungyeon Jadi Teraju Utama Drama Fantasi ‘Bulgasal’

Bersedia semua sebab tvN bakal menyajikan anda dengan sebuah drama fantasi baru yang bakal membuatkan anda tertawan.

“Bulgasal” ialah drama fantasi yang mengetengahkan dua watak utama di mana seorangnya ialah wanita yang telah melalui beberapa kali kelahiran semula sepanjang 600 tahun lamanya dan mengingati kesemua kehidupan lampaunya. Manakala watak kedua ialah seorang lelaki yang telah hidup sebagai ‘bulgasal’ (makhluk yang hidup menjamah darah manusia dan disumpah dengan kehidupan selamanya) selama 600 tahun.

Selepas hanya khabar angin yang bertiup, drama ini sudah pun mengesahkan barisan pelakon utamanya kini. Lee Jin-wook akan berlakon sebagai ‘bulgasal’ Dan-hwal yang pernah menjadi manusia pada 600 tahun lalu. Dia berubah menjadi makhluk itu sebagai dinasti Joseon semasa bekerja sebagai pegawai tentera dan sedang dalam misi ‘membersihkan’ sisa daripada dinasti lalu.

Kwon Na-ra akan membawa watak Min Sang-un, yang pernah emnjadi ‘bulgasal’ tapi kini sudah pun dilahirkan semula sebagai manusia. Selepas kehilangan ibu dan kembar perempuannya di tangan seorang pembunuh misteri, dia melarikan diri dengan adik perempuannya, Min Sa-ho dan menjalani kehidupan tersembunyi. Meskipun bekerja keras untuk menyorokkan identiti dan namanya, namun kehadiran ‘bulgasal’ membuatkan kehidupan rahsianya itu dalam bahaya.

bulgasal

Lee Joon pula menggalas tanggungjawab membawa watak Ok Eul-tae, seorang ‘bulgasal’ yang hidup dalam persembunyian. Dia seronok menjalani hidup tanpa kematian sepanjang beberapa abad ini dan telah mengumpulkan harta yang banyak yang digunakan untuk mengawal ahli politik, ahli perniagaan dan media. Dengan rupa yang menawan dan karisma yang melimpah-ruah, dia lengkap dengan segala ramuan untuk menjadi figura berpengaruh di Korea.

Isteri lampau Dan-hwal iaitu Dan-sol akan dilakonkan oleh Gong Seung-yeon. Wanita itu merupakan pewaris keluarga berpengaruh yang akhirnya berkahwin dengan Dan-hwal oleh kerana bapanya. Dia memiliki sesuatu yang istimewa namun tidak boleh difahami oleh orang lain.

Selain itu, Jung Jin-young, Park Myung-shin dan Kim Woo-seok (UP10TION) turut akan menyertai barisan drama “Bulgasal” ini.

Menurut produser drama ini, mereka akan menampilkan drama fantasi ala Korea yang pastinya akan menarik perhatian dunia dek arahan sofistikated, skrip utuh dan pelakon hebat yang mengiringinya.

Line-up mantap kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...