Ikuti Kami:

Lee Jehoon Sendiri Tak Pasti Tarikh Sebenar Penggambaran Musim Kedua ‘Signal’

Lee Jehoon Sendiri Tak Pasti Tarikh Sebenar Penggambaran Musim Kedua ‘Signal’

Rasanya disebabkan kepopularitian drama “Signal” yang ditayangkan pada tahun 2016, semakin ramai penonton yang mula ‘demand’ mahu banyak lagi drama dengan genre yang sama. Plotnya yang diluar kotak ditambah pula dengan kemantapan lakonan Kim Hyesu, Jo Jinwoong dan Lee Jehoon membuatkan semua penonton tak senang duduk menantikan kesudahan drama itu yang memberi debaran pada saban episod.

Sinopsis

signal musim kedua

“Signal” berkisarkan tentang misteri jenayah yang diselesaikan dalam masa lampau (2000) dan masa sekarang (2015) dengan penggunaan ‘walkie-talkie’. Kisah bermula apabila seorang gadis telah diheret oleh wanita tidak dikenali semasa pulang daripada sekolah. Pada ketika itu, Park Haeyoung (Lee Jehoon) yang merupakan seorang murid sekolah rendah telah menyaksikan kejadian itu tanpa sengaja. Selepas beberapa hari, gadis itu ditemui mati dan polis mengatakan bahawa suspek merupakan seorang lelaki. Meskipun cuba meyakinkan pihak berkuasa bahawa pelakunya adalah seorang wanita tetapi rayuannya itu tidak diendahkan. Akhirnya dia membesar dan menjadi seorang detektif tetapi dia punyai masalah mempercayai polis sejak daripada insiden tersebut.

Tanpa sengaja, Park Haeyoung telah terjumpa dengan satu ‘walkie-talkie’ yang menghubungkannya dengan detektif Lee Jaehan (Jo Jinwoong) daripada masa lepas. Lelaki itu mencuba untuk menghalang kejadian culik itu daripada berlaku lantas mereka bekerjasama dengan bantuan detektif Cha Sohyun (Kim Hyesu).

Lee Jehoon juga mahu musim kedua

Disebabkan mendapat sambutan yang hangat semasa musim pertamanya, semua penonton menyokong habis-habisan supaya “Signal” dilanjutkan kepada musim kedua! Walaupun banyak cerita yang berterbangan mengatakan bahawa mereka bakal merakamkan musim baru pada tahun ini tetapi nampaknya ia hanyalah angan-angan.

lee jehoon signal

Bahkan, pelakon utamanya iaitu Lee Jehoon juga mahu merealisasikan impian semua untuk menonton “Signal” musim kedua ini. DJ sebuah program radio telah pun menanyakan kemungkinan musim kedua kerana kesemua teraju utama adalah sangat sibuk.

Saya tahu ia sedang dalam pembikinan, tetapi tak pasti bila penggambarannya akan bermula.

Rasanya semua penonton dah tak sabar nak tonton “Signal” musim kedua ni!

Sumber: XSports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...