Ikuti Kami:

Lee Jaewook & Park Gyuyoung Dikhabarkan Bakal Bergandingan Dalam Drama Romantik ‘Dalli And Gamja Tang’

Lee Jaewook & Park Gyuyoung Dikhabarkan Bakal Bergandingan Dalam Drama Romantik ‘Dalli And Gamja Tang’

Khabarnya, pelakon Lee Jae-wook dan Park Gyu-young mungkin akan bergandingan dalam sebuah drama baru KBS bertajuk “Dal Li dan Gamja-tang”.

Malah kedua-dua agensi pelakon itu turut mengesahkan berita bahawa pelakon naungan mereka ada menerima tawaran drama tersebut dan sedang menelitinya.

Kalau anda nak tahu, drama ini membawa kisah cinta yang tanpa sengaja berlaku apabila Jin Mu-hak cuba mencuri karya seni milik Kim Dal-li di sebuah muzium.

Park Gyu-young telah pun ditawarkan watak Kim Dal-li iaitu seorang penyelidik daripada Kröller-Müller Museum yang kemudiannya menjadi pengarah di Muzium Seni Chungsong. Dia merupakan seorang yang memiliki perwatakan dan pertuturan yang elegan dan daripada kelas tersendiri. Dal-li juga sangat suka mneroka pelbagai bidang lain seperti seni, falsafah dan agama selain turut fasih dalam tujuh bahasa.

lee jaewook dan park gyuyoung

Lee Jae-wook pula ditawarkan watak Jin Mu-hak di mana keluarganya memiliki sebuah kedai masakan gamja-tang kecil sebelum ianya membesar menjadi syarikat makanan global DonDon F&B. Walaupun dia merupakan pengarah syarikat tetapi dia tidaklah bijak sangat malah sering menduduki tempat terakhir semasa di sekolah dahulu.

Daripada sinopsis dan gambaran watak ini, nampaknya ia adalah satu drama romantik komedi kan? Not bad juga kalau mereka berlakon bersama.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...