Ikuti Kami:

“Lee Ikjun Buat Hospital Playlist Lebih Mempersonakan” – Penonton Jatuh Cinta Dengan Jo Jungsuk

“Lee Ikjun Buat Hospital Playlist Lebih Mempersonakan” – Penonton Jatuh Cinta Dengan Jo Jungsuk

“Hospital Playlist” sememangnya merupakan drama perubatan yang lain daripada lain. Setiap episod pasti diselitkan dengan isu kesihatan dan juga kehidupan biasa doktor diiringi dengan pelbagai emosi termasuklah kelakar, tangisan dan pengajaran hidup.

Kesemua lima watak utama yang membintangi drama ini sangatlah sempurna setiap daripada mereka meskipun mempunyai perwatakan yang berbeza. Tetapi yang pasti, watak Lee Ik-jun (Jo Jung-suk) yang paling bersinar dalam naskhah tersebut.

Setiap kali tayangan, pasti namanya akan menjadi sebutan para penonton dek perangainya yang kelakar dan nampak seperti tidak dibuat-buat langsung. Macam Jo Jung-suk adalah Lee Ik-jun dan Lee Ik-jun adalah Jo Jung-suk.

Lawak selamba semasa babak hiba.

jo jungsuk hospital playlist

Doktor yang juga ‘kamceng’ dengan acik kafeteria.

jo jungsuk hospital playlist

Lakukan pembedahan dengan topi Darth Vader.

jo jungsuk hospital playlist

Kacak apabila menyanyi dan bermain gitar.

jo jungsuk hospital playlist

Seperti ‘member’ dengan anaknya yang berusia 5 tahun.

jo jungsuk hospital playlist

Gigih lari dalam hujan sebab tangan tak sampai nak tutup pintu dari dalam.

jo jungsuk hospital playlist

Tak kisah menari depan residen asal dapat tarik dia sertai pembedahan.

jo jungsuk hospital playlist

Kelakar 24/7!

jo jungsuk hospital playlist

Rambut ‘lejen’ tak nampak kekok langsung.

jo jungsuk hospital playlist

Lee Ik-jun dengan tangan kataknya.

jo jungsuk hospital playlist

Umur 40 tahun tapi bergaduh macam budak-budak.

jo jungsuk hospital playlist

Tak mainlah ambil macam itu sahaja, kena ambil sos dengan bergaya.

jo jungsuk hospital playlist

Terkepit sebab dah tak tahan sakit perut sangat!

jo jungsuk hospital playlist

Sejak tengok Lee Ik-jun ambil sos seperti itu, teman lelaki saya asyik cuba tiru!

 

Sangatlah kelakar! Jo Jung-suk teramatlah pandai berlakon.

 

Jo Jung-suk sememangnya seorang pelakon yang boleh dipercayai.

 

Dahlah hebat dalam semua benda, pandai berlakon pula. Lee Ik-jun memang Jo Jung-suk.

 

Kalau bukan Jo Jung-suk, siapa lagi yang boleh bawa watak Lee Ik-jun.

 

Sejak tengok Lee Ik-jun, saya mula jatuh cinta dengan Jo Jung-suk. Saya sangat cemburu dengan Gummy (isteri Jo Jung-suk).

 

Lee Ik-jun membuatkan ‘Hospital Playlist’ bertambah mempersonakan. Sangatlah kelakar jadi wataknya amat menghiburkan. Dia adalah seorang pelakon yang pandai ‘hidupkan’ watak yang dimainkan.

Lee Ik-jun tiap-tiap episod kelakar, tak pernah kering gusi!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...