Mesti ramai yang dah rindukan Lee Hyun-woo kan? Jangan risau kerana dia kini disahkan bakal menyertai drama adaptasi semula iaitu “Money Hesist” di Netflix.
Seperti yang semua tahu, “Money Heist” ialah sebuah drama jenayah Sepanyol mengenai sekumpulan individu yang menjalani rompakan di Royal Mint of Spain dan diketui oleh seorang yang dipanggil Profesor.
Adaptasi versi Korea pula dibintangi oleh Yoo Ji-tae sebagai Profesor, Park Hae-soo sebagai Berlin, Jeon Jong-seo sebagai Tokyo, Lee Won-jong sebagai Moscow, Kim Ji-hoon sebagai Denver, Jang Yoon-joo sebagai Nairobi, Kim Ji-hoon sebagai Helsinki dan Lee Kyu-ho sebagai Oslo.
Walaupun sebelum ini Park Jung-woo dilaporkan bakal membawa watak Rio namun disebabkan oleh konflik jadual dek penggambaran drama “Fly High Butterflies”, dia terpaksa mengundurkan diri daripada siri adaptasi semula ini. Namun kini, disahkan bahawa Lee Hyun-woo yang akan melakonkan watak tersebut.
Katanya,
Saya berasa teruja untuk menyapa penonton menerusi drama setelah sekian lama. Saya akan buat yang terbaik untuk mencipta watak yang hebat, diingati selain produksi yang menarik kepada semua yang menantikan ‘Money Heist’ versi Korea.
Siapa yang dah rindukan Lee Hyun-woo?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.