Ikuti Kami:

Lee Hyori Sah Jadi Pengacara Di ‘2021 Mnet Asian Music Awards’

Lee Hyori Sah Jadi Pengacara Di ‘2021 Mnet Asian Music Awards’

Lee Hyo-ri merupakan selebriti perempuan pertama yang akan jadi pengacara di Mnet Asian Music Awards (MAMA)!

Sebelum ini acara MAMA ini pernah dihoskan oleh selebriti termasuklah Song Joong-ki, Lee Seung-gi, Song Seung-heon, PSY dan Jung Hae-in. Pada tahun ini pula, Lee Hyo-ri telah diumumkan sebagai pengacara di acara tersebut.

Seorang wakil dari Mnet menyatakan,

Dengan konsep ‘MAKE SOME NOISE’, MAMA 2021 bermaksud untuk menunjukkan kepada dunia kekuatan muzik yang diperbaharui dan ditingkatkan untuk menghormati nilai perbezaan dan menerobos prasangka. Kami memilih Lee Hyo-ri sebagai tuan rumah kerana kami merasakan bahawa dia merangkumi nilai-nilai yang ingin kami terapkan untuk MAMA tahun ini.

Kim Hyun Soo, pengarah kandungan muzik CJ ENM, yang bertanggungjawab atas upacara MAMA, menyatakan bahawa MAMA 2021 ini akan menjadi tempat bagi para artis dan peminat untuk berkomunikasi melalui suara masing-masing.

Ratusan ribu suara peminat semuanya berbeza, tetapi di mana pun mereka berada, mereka dapat bersatu melalui K-pop. Muzik yang paling kami perlukan adalah penyatuan peminat di seluruh dunia.

mnet asian music awards

Acara MAMA yang biasanya dikendalikan di negara yang berbeza, kini terpaksa dilaksanakan di Korea akibat dari pandemik COVID-19. Upacara ini akan diadakan di CJ ENM’s Contents World di Bandar Paju di Provinsi Gyeonggi. Ia dijadualkan akan berlangsung pada 11 Disember ini.

Wahh tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...