Ikuti Kami:

Lee Honey Sertai Parti Kemenangan ‘Parasite’, Netizen Busuk Hati Tuduh Dia Nakkan Perhatian!

Lee Honey Sertai Parti Kemenangan ‘Parasite’, Netizen Busuk Hati Tuduh Dia Nakkan Perhatian!

Umum mengetahui bahawa filem saspens “Parasite” berjaya mengungguli 4 kategori utama di Academy Awards ke-92 kelmarin. Anugerah yang digenggam kemas oleh mereka ialah Best Original Screenplay, Best International Feature Films, Best Directing dan Best Picture di mana pencapaian ini adalah sangat membanggakan bagi sebuah filem daripada Asia! Bukan sahaja rakyat Korea yang gembira bahkan rata-rata peminat fanatik filem mempersetujui dengan keputusan yang dibuat ini.

Mungkin berasa gembira kerana filem Korea yang diterajui oleh beberapa rakan baiknya, pelakon Lee Honey turut teruja dengan kemenangan “Parasite” dan telah berkongsi beberapa keping gambarnya bersama beberapa pelakon itu dan Bong Joonho semasa parti sambutan yang diadakan selepas Academy Awards.

Bukan sahaja Lee Honey, tetapi pelakon Gong Hyojin juga turut memuat naik gambar bersama pelakon “Parasite” seperti Lee Sungyun yang pernah bergandingan bersama dengannya dalam drama “Pasta”, Song Kangho, dan juga pengarah Bong Joonho bagi menyambut kemenangan yang bermakna bagi industri filem Korea itu.

gong hyojin sambut kemenangan parasite

Pun begitu, ada pula netizen busuk hati yang meluahkan rasa tidak senang melihatkan entri Lee Honey itu. Bagi mereka, pelakon itu hanya mahukan perhatian kerana sibuk mencelah dalam parti kemenangan untuk pasukan “Parasite”.

Kenapa awak menyibuk dekat situ?

 

Tolong tahu bila nak mencelah dan sedar bila nak keluar. Tak ada kena mengena walaupun 1% dengan tempat teraju utama tetapi sibuk nak pegang trofi bermakna mereka. Dah kenapa?

 

Setiap kali tengok dia ni, mesti dapat rasa yang dia asyik menggedik dengan lelaki. Kalaulah saya Yoon Kyesang (teman lelaki Lee Honey), mesti dah rasa sakit hati.

 

Tak kisahlah apa pun, tetapi tangkap gambar kek dan trofi macam dia yang dapat hahahaha!

 

Rasa seperti dia mahukan perhatian.

Mungkin terkesan dengan komen yang ditinggalkan oleh netizen busuk hati, Lee Honey kemudiannya telah memadam entri tersebut dan memuat naik pemohonan maaf sekiranya tindakannya itu menimbulkan ketidaksenangan orang ramai.

Dengan perasaan ingin mengucapkan tahniah kepada senior dan juga rakan pelakon, saya telah memuat naik entri tersebut. Sekiranya ada yang rasa kurang senang dan marah, saya memohon maaf. Oleh kerana perasaan saya sendiri dan rasa ingin berkongsi dengan rakyat Korea lain, sepertinya saya telah melampaui batas.

Wanita itu juga turut mengucapkan tahniah atas usaha keras setiap daripada orang yang terlibat dengan pembikinan filem “Parasite” sehingga berjaya mencipta sejarah dalam industri perfileman Korea. Dia turut berharap agar semua orang melalui hari yang gembira.

lee honey

Rata-rata netizen menyelar tindakan segelintir individu yang beria meninggalkan komen jahat pada entri Lee Honey. Bagi mereka, apa salahnya pelakon wanita itu berasa gembira dengan kemenangan bermakna “Parasite” tambahan pula ia adalah naskhah tempatan selain beberapa pelakon utama filem itu juga merupakan sahabat baiknya.

Kenapa perlu minta maaf… Sebagai seorang pelakon di Korea, sudah tentu awak akan berasa gembira dan memberikan ucapan tahniah… Banyak betul orang yang jahat tsk tsk

 

Orang yang tinggalkan komen jahat mesti ada masalah mental.

 

Apakah semua ini? Dah kenapa Lee Honey kena minta maaf?

 

Pelik-pelik betul orang…

 

Benda yang sepatutnya dapat ucapan tahniah. Apa salahnya.. Habis tu kenapa anda semua tepuk tangan? Bukannya kalian berlakon dalam tu pun!

Ada sahaja yang tak kena dengan mata orang yang dengki. Salah ke Lee Honey nak berikan ucapan tahniah kepada pasukan “Parasite”? Pencapaian hebat sedemikian seharusnya menerima pujian, siapa sahaja yang tak bangga kan?

Sumber: Sports Seoul, OSEN

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...