Ikuti Kami:

Lee Hanna Kekal Sebagai Teraju Utama, ‘Voice’ Musim Ke-4 Temui Penonton Jun 2021 Nanti

Lee Hanna Kekal Sebagai Teraju Utama, ‘Voice’ Musim Ke-4 Temui Penonton Jun 2021 Nanti

Seronoknya apabila dikhabarkan bahawa drama thriller popular OCN iaitu “Voice” bakal kembali dengan musim ke-4 nanti.

Slogan untuk “Voice 4” ini ialah ‘Masa Untuk Pengadilan’ di mana ahli pusat panggilan 112, yang menjaga masa emas kejadian jenayah cuba melawan pembunuhan yang berlaku di perkampungan So-nang. Mereka juga melalui misi untuk mengejar penjenayah ‘Circusman’ yang membunuh empat sekeluarga dengan kejamnya di kawasan pelancongan besar, kepulauan Jeju. Kang Kwon-ju (Lee Han-na) bakal ke kepulauan tersebut bersama seorang detektif Korea-Amerika yang sedang mencari dalang kepada pembunuhan adik perempuannya.

voice 4 tayang jun 2021

Sejak daripada awal tayangannya lagi, “Voice” sudah mendapat perhatian ramai dek kerana plotnya yang unik berlatar belakangkan pusat panggilan kecemasan 112 di mana mereka boleh mengagak lokasi kejadian jenayah berdasarkan bunyi di dalam panggilan tersebut. Rating tertinggi yang direkodkan oleh setiap musim juga boleh tahan hebat di mana musim pertama (5.6%), musim kedua (7.0%) dan musim ketiga (5.5%).

Dikhabarkan juga Lee Han-na akan terus menggalas tanggungjawab sebagai teraju utama manakala protagonis lelaki kini sedang dalam pencarian. Pihak produksi drama ini menjangkakan bahawa “Voice 4” akan menemui penonton pada musim panas Jun nanti.

Peminat siri “Voice” mesti seronok dengan berita ini kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...