Ikuti Kami:

Lee Haeri DAVICHI Umum Bakal Langsung Perkahwinan Julai Ini Dengan Jejaka Bukan Selebriti

Lee Haeri DAVICHI Umum Bakal Langsung Perkahwinan Julai Ini Dengan Jejaka Bukan Selebriti

Salah seorang daripada kumpulan penyanyi duo, Davichi bakal melansungkan perkahwinan tidak lama lagi. Lee Hae-ri telah mengumumkan berita perkahwinan itu melalui surat yang ditulisnya sendiri!

Terbaru, Lee Hae-ri memuat naik surat tulisan tangan melalui laman Instagram rasmi, (@dlgolf85) untuk mengumumkan khabar gembira itu. Lee Hae-ri berkata,

Rasanya seperti mimpi apabila saya akan dapat mengucapkan kata-kata ini. Saya belum pernah mengalaminya, tetapi saya akan berkahwin. Apabila kami bersama, kami banyak ketawa dan kami  banyak belajar. Dia seorang yang baik. Dia seorang yang mengambil berat dan menyayangi saya. Saya akan menghargainya sepanjang hayat saya dan akan bersama awak.

Lee Hae-ri turut berkongsi bahawa,

Selepas ini, saya akan terus berkarya sebagai penyanyi duo bersama Davichi dan saya akan meneruskan gelak tawa saya bersama Min-kyung. 

Para peminat Davichi iaitu Dakodong, yang sentiasa menyokong dan menyayangi kami tanpa jemu, terima kasih. 

Untuk membalas jasa balik kalian, saya akan terus menghasilkan album-album yang baik sehingga satu hari dimana kita akan dapat bersua di dalam satu konsert. 

lee haeri

Menurutnya, bakal suaminya bukanlah seorang selebriti mahupun orang terkenal namun masih tidak mendedahkan identiti bakal suaminya itu. Lee Hae-ri sebelum ini juga sudah banyak menghasilkan karya-karya terbaik di samping gandingannya, Min-kyung dan satu mini album juga bakal dilancarkan iaitu “Season Note” pada tarikh 16 Mei yang akan datang.

Akhirnya, Lee Hae-ri dah berjaya menemui pasangan untuk dirinya. Semoga perkahwinan yang dirancang ini bakal berjalan dengan lancar dan diharapkan ia menjadi sebuah perkahwinan yang bahagia buat mereka.

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...