Ikuti Kami:

Lee Garyung Dedah Sebab Tukar Usia Dari 43 Tahun Ke 35 Tahun

Lee Garyung Dedah Sebab Tukar Usia Dari 43 Tahun Ke 35 Tahun

Kalau anda nak tahu, mengubah usia sebenar dalam industri hiburan Korea bukan lah sesuatu yang pelik malah ianya biasa dilakukan oleh ramai selebriti.

Terbaru, Lee Ga-ryung yang popular menerusi drama “Love (ft. Marriage And Divorce)” mendedahkan bahawa dia sebenarnya berusia 43 tahun dan bukannya 35 tahun, seperti yang ditulis di profil di laman komuniti.

Kata wanita itu dalam sebuah temubual,

Saya sebenarnya lahir pada tahun 1980, tahun monyet.

Jelasnya lagi,

Semasa aktif sebagai model, ramai yang akan mengubah umur mereka untuk menyesuaikan diri dengan projek yang doterima. Jadi, informasi itu disebarkan secara atas talian dan ianya menjadi sesuatu yang rasmi tanpa pengetahuan saya.

lee garyung

Lee Ga-ryung mendedahkan bahawa dia tidak berkesempatan untuk mengubah maklumat profilnya itu kerana lama berehat daripada berlakon selain tidak mempunyai agensi naungan.

Pun begitu, dia mengubah maklumat tersebut sejurus selepas dia menyertai agensi baru,

Saya memberikan fokus terhadap penggambaran ‘Love (ft. Marriage And Divorce’, jadi saya tak mempunyai peluang untuk melihat perkara ini. Saya tak sangka yang saya akan menyertai agensi baru. Tapi apabila musim ketiga tamat, saya menjumpai sebuah syarikat dan mendapat peluang untuk berkata mengenai hal ini.

Untuk pengetahuan, Lee Ga-ryung muncul pertama kali dalam industri hiburan menerusi drama “A Gentleman’s Dignity” pada tahun 2012.

Fuh! Bukan sikit bezanya tu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...