Ikuti Kami:

Lee Dongwook Bakal Hoskan Rancangan Bual Bicara Baru, Gong Yoo Tetamu Jemputan Pertama!

Lee Dongwook Bakal Hoskan Rancangan Bual Bicara Baru, Gong Yoo Tetamu Jemputan Pertama!

Lee Dongwook sememangnya seorang artis yang versatil. Bakat lakonannya tak perlu dipersoalkan lagi! Dengan visual yang semakin kacak apabila dia semakin meningkat usia, ramailah peminat wanita yang tergila-gilakannya. Selain itu, kalau anda peminat tegar lelaki berkulit putih dan licin ini, anda pasti ingat bahawa dia pernah mengacarakan satu rancangan bual bicara suatu ketika dahulu? Program itu ialah “Strong Heart” di mana dia telah bergandingan dengan pengacara Shin Dongyeob untuk menemu bual beberapa artis pada setiap episodnya.

Selepas Lee Dongwook meninggalkan rancangan itu pada tahun 2013 kerana musim keduanya telah sampai ke penghujungnya, dia tidak lagi memunculkan diri sebagai pengacara bagi mana-mana program bual bicara lain melainkan sebagai hos untuk rancangan survival iaitu “Produce X 101”. Walhal, lelaki itu sering menyatakan hasrat untuk mengacarakan satu program bual bicara jika diberikan kesempatan.

lee dongwook bakal mengacarakan program bual bicara, gong yoo merupakan tetamu episod pertama

Nampaknya, kesempatan itu telah tiba kerana baru-baru ini diumumkan bahawa Lee Dongwook bakal menjadi pengacara kepada satu program bual bicara baru di saluran SBS! Rancangan itu hanya dinamakan sebagai “Lee Dong Wook Wants To Talk” buat masa ini. Rupanya lelaki itu secara diam-diam telah memberi ‘hint’ mengenai pengembaraan barunya ini menerusi perjumpaan peminatnya iaitu “I’m Wook” yang berlangsung pada 2 November lepas.

Bagi peminat hubungan ‘bromance’ di antara Lee Dongwook dan Gong Yoo, ada berita gembira untuk anda! Dikhabarkan bahawa teraju utama drama “Goblin” itu bakal menjadi tetamu jemputan pertama untuk rancangan bual bicara itu. Satu outlet media telah melaporkan bahawa Gong Yoo telah terbang ke Jeju bagi merakamkan episod pertama rancangan itu yang juga dihoskan oleh rakan baiknya iaitu Lee Dongwook.

lee dongwook bakal mengacarakan program bual bicara, gong yoo merupakan tetamu episod pertama

Nampaknya kepada sesiapa yang rindu untuk melihat telatah dan ‘bromance’ di antara Lee Dongwook dan Gong Yoo, bolehlah menonton rancangan ini apabila ia ditayangkan nanti. Menurut sumber lain, episod pertama “Lee Dong Wook Wants to Talk” bakal bersiaran pada 4 Disember depan!

lee dongwook bakal mengacarakan program bual bicara, gong yoo merupakan tetamu episod pertama

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...