Banyak rupanya yang dirahsiakan oleh Jo Yoon-hee mengenai penceraian bersama Lee Dong-gun.
Dalam program “I’m Alone Now”, pelakon wanita itu mendedahkan dengan lebih lanjut tentang perpisahan yang mengejutkan dunia hiburan pada 2020.
Jo Yoon-hee berkata,
Bagaimana saya harus mengatakannya? Bekas suami saya bekerja dalam bidang yang sama, jadi saya tidak boleh bercakap dengan jujur mengenai kehidupan perkahwinan.
Tambahnya,
Ia bukanlah kehidupan perkahwinan yang saya impikan. Saya banyak berfikir tentang perceraian tetapi akhirnya, saya rasa tiada pilihan lain selain bercerai. Saya yang membuat keputusan terlebih dahulu untuk bercerai.
Akui Jo Yoon-hee, Lee Dong-gun sebenarnya tidak mahu bercerai pada awalnya namun akur dengan permintaan si isteri selepas perbincangan mendalam.
Mungkin dah tiada jodoh..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.