Ikuti Kami:

Lee Dohyun Bakal Buat Kemunculan Istimewa Dalam Drama Thriller Psikologi ‘Beyond Evil’

Lee Dohyun Bakal Buat Kemunculan Istimewa Dalam Drama Thriller Psikologi ‘Beyond Evil’

Meskipun sedang sibuk dengan penggambaran drama “Youth Of May”, tapi nampaknya Lee Do-hyun sempat meluangkan masa sebagai kemunculan istimewa untuk drama “Beyond Evil”.

Drama thriller psikologi ini membawa kisah dua lelaki yang sanggup melanggar undang-undang dan peraturan bagi mengejar seorang pembunuh bersiri. Bagi membongkar identiti sebenar penjenayah tersebut, mereka perlu meneliti secara mendalam setiap orang yang terlibat dengan kes tersebut dengan sering mempersoalkan diri sendiri, “Siapakah raksasa sebenar – adakah awak? Adakah saya? Adakah kita?”. Lee Dong-shik (Shin Ha-kyun) ialah seorang bekas detektif di unit jenayah ganas yang telah pun diturunkan pangkat kepada sarjan di sebuah balai polis tempatan. Manakala Han Joo-won (Yeo Jin-goo) pula ialah detektif elit yang hadir ke balai polis tersebut dengan satu rahsia.

lee dohyun beyond evil

Lee Do-hyun akan muncul sebagai watak Lee Dong-shik (Shin Ha-kyun) semasa muda iaitu pada 20 tahun yang lepas.

Kalau dah rindu Lee Do-hyun, jangan lupa untuk saksikan “Beyond Evil” bermula 19 Februari ini okay?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...