Ikuti Kami:

Lee Byunghun Buat Kejutan Di Set Penggambaran Drama Isteri, Netizen Ungkit Skandal Curangnya!

Lee Byunghun Buat Kejutan Di Set Penggambaran Drama Isteri, Netizen Ungkit Skandal Curangnya!

Pelakon Lee Byunghun sememangnya dihormati di dalam industri perfileman Korea. Meskipun sudah hampir mencecah usia 50 tahun tetapi lelaki itu masih lagi menjadi rebutan para pengarah sebagai teraju utama naskhah nukilan mereka. Bukan sahaja semua filemnya mendapat sambutan ramai, malahan drama yang dikemudi olehnya sentiasa mendapat perhatian penonton. Hebat!

Kalau anda nak tahu, Lee Byunghun bukan sahaja mempunyai tuah yang banyak dalam bidang lakonan tetapi pelakon itu juga mempunyai tuah dalam kisah cintanya. Pada Ogos 2013, dia telah mengikat tali perkahwinan bersama kekasihnya yang juga pelakon rupawan iaitu Lee Minjung. Pasangan itu menjadi sebutan ramai dek keserasian mereka bagai pinang dibelah dua.

lee minjung dan lee byunghun

Skandal curang Lee Byunghun

Walaubagaimanapun, setahun selepas itu, imej suami penyayang Lee Byunghun sedikit tercalar apabila dia diseret dalam satu skandal dengan dua orang selebriti wanita lain iaitu Dahee daripada kumpulan GLAM dan seorang model, Lee Jiyeon.

Dikhabarkan bahawa pelakon lelaki itu telah melaporkan kepada polis bahawa dia diugut oleh kedua wanita tersebut agar menyerahkan sejumlah wang. Sekiranya ingkar, satu video di mana lelaki itu dengan jelasnya menggunakan kata-kata berunsur seksual kepada mereka akan disebarkan kepada orang ramai.

skandal lee byunghyun

Lee Jiyeon menjelaskan bahawa dia bertindak sedemikian kerana lelaki itu telah memutuskan hubungan mereka secara tiba-tiba selepas baru 3 bulan bercinta. Walaubagaimanapun, agensi Lee Byunghun menyatakan bahawa dia tidak pernah berjumpa berdua sahaja dengan wanita itu dan dia membuat keputusan untuk berhenti berjumpa mereka selepas perasan kedua sahabat tersebut mempunyai niat jahat. Atas kesalahan itu, Lee Jiyeon dan Dahee telah dijatuhkan hukuman penjara selama setahun dua bulan.

Netizen Korea ternyata melempiaskan kata-kata nista kepada Lee Byunghun selepas dia ‘kantoi’ curang dengan Lee Minjung meskipun baru sahaja setahun berkahwin. Sejak daripada itu, pelakon lelaki itu sehingga kini masih lagi menerima komen mengenai perangai jeleknya meskipun skandal tersebut sudah 6 tahun berlalu. Ramai juga yang mempersoalkan Lee Minjung kenapa dia masih lagi bertahan dengan lelaki buaya itu.

Kekal bahagia selepas 7 tahun berkahwin

Terbaru, Lee Byunghuun dikatakan telah membuat kejutan di set penggambaran drama “I’ve Returned After One Marriage” di mana isterinya merupakan salah seorang teraju utama di dalamnya. Lelaki itu telah menyediakan pelbagai makanan kepada staf produksi dan juga pelakon lain. Lee Minjung dikhabarkan kelihatan gembiran dengan tindakan ‘sweet’ suaminya itu meskipun dia juga sibuk dengan jadual seninya.

Netizen masih ‘bitter’ dengan Lee Byunghun

Walaupun skandal tersebut telah pun berlaku pada 6 tahun lepas, tetapi nampaknya ramai yang masih mengingatinya lagi. Tidak dinafikan bahawa Lee Byunghun merupakan seorang pelakon yang sangat hebat, namun ada yang mempersoalkan kenapa segelintir yang mudah memaafkannya meskipun dia sudah melakukan kesilapan yang besar.

Tak kurang juga, ada antara netizen yang kasihankan Lee Minjung yang terpaksa berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku dan meneruskan hidupnya dengan Lee Byunghun tersebut walaupun lelaki itu belot semasa usia perkahwinan mereka yang masih ‘hijau’.

Jangan curang!

 

Pasangan yang hanya untuk ‘show’ sahaja.

 

Lee Byungun adalah sampah yang tinggalkan isteri mengandung untuk curang.

 

Tolonglah jaga Lee Minjung dengan baik untuk sepanjang hidup ini.

 

Tak kisahlah macam mana popular pun, tak guna juga kalau si suami tak menjaga isteri dengan baik. Lama mana sangatlah populariti itu akan bertahan…

Lama betul netizen marah!

Sumber: OSEN

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...