Lee Bo-young bakal kembali dengan K-Drama baru.
Terbaru, agensi pelakon itu menyatakan bahawa pelakon wanita itu sedang mempertimbangkan untuk membintangi drama remake “Mary Kills People”.
Popular dari Kanada, di mana ia menceritakan tentang seorang doktor yang membantu pesakit yang mengalami sakit tenat untuk menjalani eutanasia secara haram, dan seorang detektif yang memburu kegiatan haram tersebut.
Dalam drama tersebut, Lee Bo-young telah ditawarkan watak sebagai seorang doktor yang menyimpan rahsia yang tidak boleh dikongsikan dengan sesiapa manakala Lee Min-ki turut menerima tawaran untuk berlakon sebagai detektif yang mengejarnya.
Tak sabarnya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.