Lebih Suka Memendam Rasa, Ini Perlakuan Ibu Bapa Yang Tidak Mahu Bimbangkan Anak Mereka!

Semasa kecil ibu bapa merupakan segalanya bagi kita, namun bila meningkat dewasa dan sibuk dengan bekerja serta mempunyai keluarga sendiri, kita kadang-kala terlupa ibu bapa turut mahukan perhatian daripada kita.

Tambahan pula, apabila halangan merentas negeri dikuatkuasakan jarak menjadi pemisah antara ibu bapa dan anak yang bekerja di perantauan. 

Jadi apabila mereka sakit atau berada dalam kesusahan, sukar buat mereka kongsikan bersama anak-anak kerana tidak mahu menjadi bebanan atau menimbulkan kerisauan. 

Kali ni, kami nak share antara perkara yang ibu bapa susah sangat nak bagitau pada anak mereka. Semak checklist ni, mana tau ibu bapa korang macam ni juga.

Lebih banyak duduk daripada melakukan aktiviti

Kalau selama ni korang tengok ibu bapa korang seorang yang cergas boleh ke kedai, memancing atau berkebun, tapi kalau mereka dah jarang keluar dan lebih banyak duduk daripada membuat aktiviti yang disukai, mungkin mereka sudah mula berasa tidak berdaya atau otot-otot badan mula lemah.

Jika mampu, mungkin korang boleh mengupah pembantu untuk menolong ibu bapa melakukan kerja rumah.

Bagi yang tinggal berjauhan minta tolong kenalan yang tinggal berdekatan untuk menjenguk ibu bapa bagi pihak korang.

Rindu nak jumpa tapi tak bagitau

Tipikal bagi ibu bapa untuk menyembunyikan perasaan kerinduan mereka terhadap anak-anak, terutama yang tinggal berjauhan mahupun yang tinggal bersama tapi anak terlampau sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk bersembang.

Bagi yang tinggal berjauhan, korang boleh menelefon atau membuat panggilan video dengan kerap, ibu bapa hanya mahukan sedikit perhatian dan mengetahui perkembangan semasa korang.

Kalau tinggal bersama pula, cuba luangkan masa dengan ibu bapa pada setiap hujung minggu. Bawa mereka keluar atau menonton televisyen bersama. Janganlah pula asyik dengan telefon 24 jam je.

Teringin nak makan sesuatu tapi takut membebankan

Ini paling biasa terjadi, apabila ibu bapa melihat sesuatu makanan yang viral di televisyen atau media sosial mereka juga punya keinginan untuk mencuba.

Tapi mereka tak tau bagaimana nak mendapatkannya, apa kata sekali sekala buat kejutan dengan membawa mereka ke tempat yang bukan kebiasaan. Barulah ibu bapa rasa dihargai dan disayangi.

Penglihatan mula kabur tapi tak nak minta tolong

Menjadi sesuatu yang biasa apabila semakin meningkat usia penglihatan menjadi kabur dan memandu waktu malam pula menjadi tidak peka kerana silau.

Cuba berikan perhatian jika ibu bapa mula tunjukkan masalah mata seperti kerap menggosok mata atau mengecilkan mata untuk melihat sesuatu. Jika dibiarkan berlarutan bimbang masalah berkaitan mata akan timbul.

Bagi masalah mata ni kami ada penyelesaian untuk korang.

MOG Eyewear tawar Raya Combo yang berbaloi-baloi!


Korang perasan ibu bapa korang dah mula ada masalah penglihatan tapi tak nak bagitau? Haa.. Ni kami nak share sikit, korang pernah dengar tentang MOG Eyewear? Alah kedai penjagaan optik mata yang terkenal tu.

Kalau korang nak tahu, sempena hari raya yang bakal menjelang, MOG Eyewear sedang mengadakan promosi di cawangannya seluruh negara.

Korang boleh miliki bingkai berjenama eksklusif, blue cut lens, ProVision 55 (Clear Lens) / Medicsoft Velvet (Lens Warna) pada harga hanya RM255 je daripada nilai sebenar RM873. 

Paling menarik bila korang berbelanja di MOG Eyewear ni, ibu bapa korang akan mendapat hadiah daripada perbelajaan korang yang lakukan untuk penjagaan mata mereka secara PERCUMA sempena kempen MOG Send Love Home.

Menarik kan? Korang beli penjagaan mata untuk diri sendiri, pada masa yang sama dapat hadiahkan pula untuk ibu bapa. Nak sertai mudah je tau. Ikut step kat bawah ni:

  1. Korang perlu berbelanja minimum RM400 di mana-mana outlet MOG /Ooppa /M-Trend /MOG Express.
  2. Scan QR kod dengan mengisikan butiran peribadi ibu bapa dan pra pilih oulet untuk menebus hadiah 
  3. Korang dan ibu bapa akan menerima kod hadiah dengan butiran penebusan melalui Whatsapp
  4. Ibu bapa boleh walk-in untuk menebus hadiah di cawangan yang dipilih sama ada dengan kehadiran anak atau sebaliknya.

Hadiah percuma untuk ibu bapa:

  • Ujian mata komprehensif bernilai RM100 (disesuaikan untuk 45 tahun ke atas)
  • Bingkai cermin mata bernilai RM68 (min)
  • Baucar lensa RM10

Jadi sebagai anak tunjukkan rasa kasih sayang kepada ibu bapa dengan berbelanja di MOG Eyewear dan daftarkan ibu bapa korang untuk hadiah PERCUMA. Bila ibu bapa dapat tahu, korang mesti lagi happy.

Untuk maklumat lanjut korang boleh follow Facebook dan Instagram MOG atau terus klik di SINI.

Leave a Reply