Lebih Setahun Hilang Lepas Tinggalkan AOA, Jimin Muat Naik Entri Pertama Di Instagram
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Selepas setahun setengah, akhirnya Ji-min iaitu bekas ahli AOA kembali ke media sosial untuk berkongsi hadiah istimewa bersama peminat.
Pada Julai 2020, Ji-min meninggalkan AOA dan menunda semua aktiviti seni selepas bekas ahli AOA iaitu Kwon Mi-na mendakwa dia dibuli oleh ketua kumpulan itu semasa masih lagi aktif bersama. Sepanjang tempoh itu, terdapat pelbagai spekulasi dan dakwaan mengenai dakwaan berkenaan dan hubungan antara ahli AOA lain.
Selepas memuat naik permohonan maaf di Instagram mengenai situasi itu pada 4 Julai 2020, Ji-min terus memberhentikan kesemua aktivitinya dalam dunia seni dan menjauhkan diri dari media sosial selama setahun lebih.

Pun begitu, pada 8 Januari, Ji-min membuat kejutan apabila memberikan hadiah sempena hari jadinya. Ianya merupakan sebuah lagu baru bertajuk “Suddenly” menandakan entri pertama selepas dia meninggalkan AOA.
Siapa yang rindukan Ji-min?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




