Selepas menggegarkan dunia dengan “Squid Game”, Hwang Dong-hyuk nampaknya sibuk dengan naskhah baru kini.
Menerusi sebuah temubual baru-baru ini, pengarah itu mendedahkan bahawa dia sedang dalam persiapan untuk filem “Killing Old People Club” atau pun “K.O. Club”.
Khabarnya, dia mengambil inspirasi daripada penulisan ahli falsafah dan penulis novel Itali, Umberto Eco. Malah Hwang Dong-hyuk meningkatkan jangkaan apabila mengakui bahawa ianya merupakan ‘filem kontroversi lagi’.
Jelasnya,
Ianya lebih ganas daripada ‘Squid Game’.
Hwang Dong-hyuk bagaimanapun sempat berseloroh dan mengatakan bahawa dia mungkin terpaksa menyembunyikan diri daripada orang tua selepas filem ini ditayangkan nanti.
Tak pernah kering idea!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.