Meskipun mengecapi populariti yang hebat sejak memulakan karier sebagai pelakon, namun Lee Jung-jae bukan lah bermula dengan hidup yang senang.
Menerusi “Yoo Quiz On The Block”, pelakon popular itu telah berkongsi mengenai kehidupan daif semasa kecil. Kongsinya,
Selalu sangat nama ‘Lee Jung-jae’ dikaitkan dengan kata kunci yang mewah, bergaya dan bersih. Pun begitu, saya tinggal di rumah yang lebih kecil dari Sung Ki-hoon (wataknya dalam ‘Squid Game’) semasa kecil. Sekurang-kurangnya set itu mempunya dua bilik namun rumah saya dahulu hanya mempunyai ruang tamu sahaja tanpa satu bilik pun. Saya juga mempunyai memori menjamah nasi dengan beberapa hidangan sampingan sahaja.
Tambahnya lagi,
Pertama kali saya ke set penggambaran di kawasan Ssang-mun, saya banyak mengimbau kenangan lama. Saya juga teringat mengenai kesusahan yang dilalui ibu saya. Jadi apabila saya mengalami waktu yang sukar, pada malam atau siang hari, saya terus menjalani lorong di pasar di situ. Dengan melakukannya, secara automatik saya menjadi Sung Ki-hoon.
Usaha tangga kejayaan, betul tak?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.