Tak lama lagi Kim So-hyun akan kembali menemui penonton dengan drama baru iaitu “Serendipity’s Embrace”.
Bagaimanapun, wataknya dalam drama itu telah meraih respon kurang baik kerana dia sekali lagi tampil sebagai pelajar sekolah. Hal ini kerana, Kim So-hyun sudah beberapa kali memainkan watak sebagai pelajar sekolah membuatkan segelintir penonton bosan.
Namun dalam satu temu bual sebelum ini, Kim So-hyun pernah bercakap tentang hal ini di mana dia menjelaskan,
Ada orang kata saya dah banyak kali pakai baju sekolah sejak kecil tapi, bukanlah lebih baik dari saya tidak memakainya lagi?
Sambung pelakon berusia 25 tahun itu,
Pada satu ketika saya berfikir ‘Mari kita memakai baju sekolah sehingga saya tak dapat pakainya lagi’. Saya pasti akan tiba masanya bila saya tidak dapat memakainya lagi.
Kim So-hyun ni baby face jadi memang sesuai je jadi pelajar sekolah!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.