Ikuti Kami:

LE SSERAFIM Kongsikan Gambar Konsep Pertama Untuk MV ‘FEARLESS’

LE SSERAFIM Kongsikan Gambar Konsep Pertama Untuk MV ‘FEARLESS’

Umum pasti sudah mendengar khabar mengenai kumpulan penyanyi wanita terbaru, LE SERRAFIM yang akan debut dengan album mini pertama mereka, Mei ini.

Setelah agensi kumpulan tersebut iaitu HYBE mengesahkan keenam-enam ahli kumpulan tersebut yang terdiri daripada, bekas ahli IZ*ONE, Miyawaki Sakura dan juga Kim Chae-won, bekas peserta “Produce 48” Huh Yun-jin, dan juga ahli baharu seperti Kim Ga-ram, Hong Eun-chae, dan Kazuha, mereka kini sudah hampir di penghujung persiapan bagi pelancaran album mini, “FEARLESS”.

le sserafimLE SSERAFIM melancarkan gambar konsep pertama yang berkonsepkan “BLACK PETROL” edisi pertama untuk debut album mini mereka “FEARLESS” yang akan dikeluarkan pada 2 Mei ini. Sebelum ini, HYBE telah mengumumkan bahawa Bang Si-hyuk akan menjadi penerbit eksekutif bagi debut LE SSERAFIM, manakala bekas pengarah visual BTS dan pengarah kreatif TXT, Kim Sung-hyun akan memegang jawatan sebagai pengarah kreatif.

kim chaewon

hong eun chae

huh yunjin

kim garam

sakura

kazuha

Terbaru, HYBE Labels juga telah memuat naik trailer bagi album mini pertama mereka, “FEARLESS” di laman rasmi YouTube (HYBE LABELS). Video trailer tersebut setakat ini berjaya meraih hampir 1 juta tontonan dan turut menerima pelbagai reaksi peminat, rata-rata mereka sangat kagum dengan konsep yang dibawa untuk album mini pertama mereka.

Sangat menarik konsep yang dibawa oleh LE SSERAFIM dan diharapkan agar para peminat akan setia menunggu pelancaran album mini pertama mereka pada awal Mei ini!

Siapa bias korang dalam LE SSERAFIM?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...