Semakin lama, semakin Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo berkelakuan seperti pasangan suami-isteri.
Dalam episod terbaru “Running Man”, para ahli pasukan mengalami kekecohan besar semasa menjelajah sekitar Seoul sambil membawa sekeping lukisan.
Pada hari tersebut, para ahli memasuki sebuah restoran yang menjual mulhoe (makanan laut sejuk) semasa menjalankan misi dan ingin makan. Ketika melihat mulhoe, Ji Ye-eun meluahkan rasa teruja dan kemudiannya makan dengan begitu berselera dan turut menghabiskan gimbap bersaiz besar. Melihat perkara itu, Kim Jong Kook bergurau,
Ji Ye-eun ni macam ahli silap mata. Bila dia makan, dia jadi macam ahli silap mata.
Yoo Jae-suk kemudian berkata,
Kim Jong-kook terlalu sukakan Ji Ye-eun, dia nampak dia comel sangat.
Yeah strangely, after 15 years he still adore you so much😭✋🏼 pic.twitter.com/NHri2o87CR
— Spartace Philippines (@phlovespartace) June 8, 2025
Kim Jong-kook pun tersenyum sambil berkata, “Memang comel pun.”
Mendengar itu, Song Ji-hyo terus menyindir,
Kita dah kenal 15 tahun, cuba kau pandang aku macam tu sekali pun tak pernah. Selalu pandang aku macam musuh, tapi dengan orang lain macam tu pula.
Yoo Jae-suk bergurau dan mengusik bahawa agak pelik jika Kim Jong-kook tiba-tiba memandang Song Ji-hyo dengan pandangan manja setelah 15 tahun mengenali satu sama lain.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.