Ikuti Kami:

“Lawak Tapi Lucah” – Siri Penuh Babak Provokatif Ini Kian Popular Dalam Kalangan Penonton K-Drama

“Lawak Tapi Lucah” – Siri Penuh Babak Provokatif Ini Kian Popular Dalam Kalangan Penonton K-Drama

Nampaknya ada satu naskhah yang mencipta ribut dalam dunia K-Drama kini!

Pada 19 Januari, drama “LTNS” (singkatan bagi “Long Time No Sex”), telah dilancarkan secara rasmi dan menarik perhatian besar kerana kandungannya yang sangat ghairah. Ini kerana ia membincangkan secara langsung mengenai hal intim, hubungan perkahwinan, dan urusan peribadi pasangan.

Dengan hanya 2 episod yang telah disiarkan sehingga kini, drama dewasa Korea ini semakin mendapat populariti stabil di negara asalnya, berkat kesan ‘mulut-ke-mulut’ yang kuat dari penonton. Rata-ratanya memuji karya yang menarik dan unik ini, dan pasukan produksi juga dihormati kerana keberanian mereka untuk meneroka topik-topik sensitif.

ltns

Dari segi jalan cerita, “LTNS” mengisahkan kisah unik pasangan yang merasa keletihan kerana tidak dapat mencapai titik persetujuan dalam hubungan intim mereka. Walaupun masih saling mencintai, mereka kurang keghairahan ketika menjalani hubungan fizikal, yang membawa kepada konflik yang tidak perlu.

Komen penonton,

Dialognya sangat lucah!

 

Memang layak popular.

 

Kombinasi lakonan Esom dan Ahn Jae-hong memang mantap.

 

Walaupun provokatif tapi serius kelakar.

Korang layan tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...