Ikuti Kami:

‘Last Minute’ Tahu Kena Sertai Khidmat Tentera, Kai EXO Menangis Luah Perasaan

‘Last Minute’ Tahu Kena Sertai Khidmat Tentera, Kai EXO Menangis Luah Perasaan

Nampaknya, Kai adalah ahli EXO yang seterusnya akan menjalani khidmat ketenteraan wajibnya..

Terbaru pada 3 Mei, SM Entertainment telah mengumumkan bahawa Kai akan menyertai latihan asas ketenteraan pada 11 Mei ini sebagai pekerja perkhidmatan sosial.

Kemudian pada hari yang sama, Kai telah menyapa peminat menerusi Instagram Live dan menjelaskan mengenai khidmat ketenteraannya,

Saya akan pergi ke tentera. Saya mempunyai rancangan untuk mempromosi pelbagai perkara dan alangkah baiknya jika saya dapat melakukan lebih banyak lagi. Masa berlalu.

Sambung lelaki itu lagi sambil menangis,

Saya telah bekerja keras selama lebih 20 tahun. Saya telah menyediakan banyak perkara jadi memalukan kerana saya tak dapat menunjukkannya. Tiada apa yang boleh saya lakukan mengenai perkara ini.

Tambah Kai lagi sambil memberi pesanan buat peminat,

Makan dengan baik, tidur dengan baik dan jika ada peperiksaan, lakukan dengan baik. Yang paling penting, jangan kehilangan impian awak dan teruskan berlari ke arahnya. Saya harap saya dapat melihat wajah awak sebelum saya pergi. Saya nak jumpa awak juga. Hari ini adalah hari pertama saya mengetahuinya juga, jadi harap awak faham. Saya akan tersenyum mulai esok.

Selamat berkhidmat Kai!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...