Ikuti Kami:

“Last Chance ARMY”- Pameran ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars) Bakal Berakhir Minggu Ini!

“Last Chance ARMY”- Pameran ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars) Bakal Berakhir Minggu Ini!

Sedar tak sedar dah lebih 3 bulan berlangsungnya pameran interaktif  ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars), yang memaparkan perjalanan karier BTS dari tahun 2020 hingga 2022.

Pameran yang diinspirasikan dari “THE FACT BTS PHOTOBOOK SPECIAL EDITION” ini berjaya mengubat kerinduan ARMY kepada BTS yang ketika ini sedang giat menjalani khidmat ketenteraan wajib di Korea Selatan.

Jangan Lepaskan Peluang Minggu Akhir di Pameran ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars)

Raikan ulang tahun kelahiran SUGA di pameran ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars)

Setiap kali ulang tahun kelahiran ahli BTS, ‘B★VERSE’ tak pernah ketinggalan untuk meraikannya. Mana tidaknya, inilah masa terbaik untuk ARMY berkumpul sama-sama dan menyambutnya. Barulah lagi meriah.

Korang tau kan, 9 Mac ni kan birthday Suga. Haaa.. ‘B★VERSE’ mestilah tak ketinggalan nak celebrate sekali. Kali ni ada pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti fun games, ARMY Get Together, cabutan bertuah, goodies dan paling penting siap nyanyi lagu birthday serta potong kek sama-sama.

Jangan lupa join tau!

Diskaun istimewa untuk merch ‘B★VERSE’!

Masih takde merch ‘B★VERSE’? Inilah masanya untuk korang beli sebab pada 9 dan 10 Mac ni, pengunjung dapat menikmati diskaun istimewa 20% untuk kalendar B★VERSE dan diskaun 30% untuk barangan rasmi B★VERSE yang lain. Syok tu!

Eksklusif Last Day: Terokai Setiap Sudut di B★VERSE & Rakam Kenangan Terakhir Korang!

Ya korang tak salah baca, Eksklusif Hari Terakhir Pameran ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars) pada 10 Mac ini,  B★VERSE Malaysia akan berikan kebebasan untuk pengunjung menerokai setiap sudut pameran B★VERSE, termasuk kawasan larangan.

Kali ni siap boleh rakam buat kenang-kenangan!

Dapatkan Tiket Ke Pameran B★VERSE Sekarang. Serendah RM39 Je. Rugi Tak Join!!

Kami tahu ramai lagi ARMY yang tak berkesempatan pergi ke Pameran ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars) ni kan?

Inilah peluang terakhir korang. Tiket masuk dijual serendah RM39 (untuk immersive experience sahaja). Lepas ni dah takde jangan menyesal tau!

Layari ticket2u untuk dapatkan tiket korang.

Untuk maklumat lanjut, ikuti laman sosial rasmi ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars) di Instagram, X dan TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...