Ikuti Kami:

Lari Dari Stereotaip Lelaki Biasa & Tekun Bermain Piano, Lakonan Kim Minjae Dalam ‘Do You Like Brahms?’ Dipuji

Lari Dari Stereotaip Lelaki Biasa & Tekun Bermain Piano, Lakonan Kim Minjae Dalam ‘Do You Like Brahms?’ Dipuji

Selepas sekian lama berkecimpung dalam dunia lakonan, akhirnya Kim Min-jae menerima perhatian ramai menerusi persembahannya dalam drama “Do You Like Brahms?” yang ditayangkan di SBS kini.

Membawa watak sebagai seoran pemain piano konsert yang berbakat dan bertimbang rasa bernama Park Joon-young, ramai yang katanya mula jatuh cinta dengan watak ini. Lelaki ini juga sering menjalani hidupnya mengikut acuan orang lain dan asyik memendam perasaan sendiri namun selepas berkenalan dengan Chae Song-ah (Park Eun-bin), dia mula meluahkan segala emosinya buat pertama kali dalam hidupnya.

kim minjae do you like brahms?

Sepanjang drama itu ditayangkan, gambaran Kim Min-jae yang teliti dan meyakinkan tentang seorang pemuzik yang jujur dan bertimbang rasa membuatkan rata-rata penonton menyokong percambahan cinta antaranya dan Chae Song-ah. Lagi satu persona kepada watak tersebut ialah Park Joon-young bukanlah seperti lelaki yang sering distereotaipkan: dia tidak agresif dalam mengejar cinta ataupun terlampau dingin (tidak berlagak seperti tidak suka tapi sebenarnya suka) namun sangatlah perlahan dan mengambil berat mengenai perasaan si wanita.

Bukan sahaja kerana keserasiannya dengan Park Eun-bin, Kim Min-jae turut menerima pujian kerana berjaya membawa pelbagai babak semasa wataknya bermain piano. Selepas setuju untuk membintangi drama ini, lelaki ini dikhabarkan telah berlatih bermain piano selama berjam-jam dan nampaknya usaha tersebut membuahkan hasil.

kim minjae do you like brahms?

Malah pihak produksi sentiasa memuji Kim Min-jae kerana sering menaikkan lagi suasana di set penggambaran dengan senyuman lebarnya dan etika kerja yang hebat. Pelakon tersebut membaca skripnya secara telus dan berhati-hati sehingga mampu memikirkan persoalan dan penilitian yang produser terlepas pandang.

Seronoknya melihat Kim Min-jae disinari dengan pujian untuk drama “Do You Like Brahms?” ini. Semoga ia akan membuka jalan yang lebih luas untuknya sebagai seorang pelakon nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...