Dalam ramai peminat, pastinya ada yang tidak menyukai sesetengah selebriti.
Tapi tak sangka apabila ada yang sehingga sanggup membuat laporan palsu mengenai kematian Seo Yi-sook dan mengejutkan ramai orang.
Pada 20 September, peminat terkejut apabila terdapat sebuah entri di laman komuniti yang bertajuk ‘Eksklusif: Pelakon Seo Yi-sook meninggal dunia kerana serangan jantung’. Hantaran berkenaan ditulis seperti berita daripada sumber media rasmi, disertai nama wartawan di mana pelakon itu ditemui mati di rumahnya kelmarin.
Walaubagaimanapun, laporan tersebut ialah palsu dan ianya direka oleh orang yang mempunyai niat tidak baik. Malah pengamal media yang disangka mengeluarkan berita tersebut mengesahkan bahawa mereka tidak pernah menulis artikel sedemikian.Atas sebab itu, agensi Seo Yi-sook mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menfailkan saman terhadap individu yang menulis entri palsu berkenaan. Bukan pertama kali berlaku, perkara ini perlu diambil serius supaya pelaku akan bertanggungjawab atas perbuatannya.
Pertama kali ia berlaku, kami sangkakan ia akan berlalu selepas dibuktikan palsu. Tapi terdapat entri lain yang mengatakan hal yang sama, Disebabkan hal ini kerap berlaku, kami membuat keputusan untuk menfailkan sama supaya mereka berhenti menyebarkan berita palsu.
Untuk pengetahuan, berita yang sama dikeluarkan mengenai Seo Yi-sook pada Julai lalu.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.