Ikuti Kami:

Langgar Peraturan, 6 K-Drama Ini Diharamkan Untuk Tayang Di Stesen TV Korea

Langgar Peraturan, 6 K-Drama Ini Diharamkan Untuk Tayang Di Stesen TV Korea

Sebelum menghasilkan sebuah drama, pasti ada beberapa peraturan yang pihak produksi harus turuti.

Bagaimanapun, beberapa K-Drama ini telah dilarang untuk disiarkan di stesen televisyen atas beberapa sebab, yang melanggar kelulusan undang-undang TV.

Jom lihat senarai di bawah!

Eve

k-drama eve

Drama “Eve” yang yang ditayangkan pada 2022 lalu telah mengharamkan tayangan 3 episod pertama di stesen televisyen kerana adegan seks yang keterlaluan.

Snowdrop

kdrama snowdrop

Diterajui Ji-soo BLACKPINK dan Jung Hae-in, drama ini telah dilarang ditayangkan di TV kerana mengandungi kontroversi politik namun kemudian, ia kembali bersiaran seperti biasa.

Nevertheless

drama nevertheless

Pada awalnya, drama lakonan Song Kang dan Han So-hee ini harus dilarang sepenuhnya untuk ditayangkan di televisyen tetapi akhirnya, hanya 2 episod pertama diharamkan untuk tayang kerana adanya adegan dewasa.

Squid Game

squid game

Meski popular seluruh dunia, drama “Squid Game” juga turut termasuk dalam senarai ini disebabkan babak keganasan bunuh diri dan kontroversi ekonomi Korea.

The King: Eternal Monarch

the king: eternal monarch

Seterusnya adalah “The King: Eternal Monarch” kerana ia memaparkan perang yang tidak selesa antara dua negara, iaitu China dan Korea.

Pachinko

drama pachinko

Begitu juga dengan drama “Pachinko” yang menunjukkan keganasan seksual dan peperangan antara dua negara.

Namun kini, beberapa K-Drama di atas telah dibenarkan untuk disiarkan di televisyen, dengan beberapa adegan terlarang dipadam.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...