Selepas J-hope, Suga adalah ahli terakhir BTS yang terlibat untuk projek folio foto.
BACA: Termasuk Indonesia & Singapura, Suga BTS Umum Konsert Jelajah Dunia Solo
Baru-baru ini, BigHit Music telah mengeluarkan beberapa gambar dan video pratonton pertama “Special 8 Photo-Folio” di media sosial rasmi BTS, menampilkan Suga dengan tajuk “Wholly or Whole Me”.
Menerusi video yang dikongsi, Suga memilih konsep perkhemahan, menggambarkan saat terbaik untuk kembali kepada dirinya yang sebenar iaitu Min Yoon-gi dan bukan penampilannya di atas pentas.
Selain itu, projek ini berlatar belakangkan alam semula jadi Los Angeles di Amerika Syarikat dan ahli BTS itu melakar perjalanan untuk mencari seluruh dirinya di alam yang luas.
Tambahan, rapper itu juga sedang menikmati masanya tersendiri di tempat persembunyian yang dipenuhi dengan perkara yang disukainya dan pelbagai detik dirakam dengan menggunakan kamera filem.
Untuk maklumat, foto Suga untuk “Wholly or Whole Me” akan dikeluarkan pada 9 Mac nanti.
Tak sabarnya!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉