Setelah lama menyepi, Seo Ye-ji akhirnya akan kembali aktif dalam industri hiburan!
Terbaru, Seo Ye-ji dilapor akan menghadiri sesi bergambar untuk acara sebuah jenama kosmetik, yang akan diadakan di sebuah gedung serbaneka di Seoul pada 23 ogos ini.
Jika benar, ini akan menjadi penampilan pertama Seo Ye-ji di umum sekian lama selepas kontroversinya bersama bekas kekasih, Kim Jung-hyun.
Sebelum ini ketika dramanya “Eve” ditayangkan pada 2022, Seo Ye-ji tidak menghadiri sesi sidang media kerana konflik dengan jadual lain.
Oleh itu, perhatian tertumpu sekiranya ini akan menjadi titik permulaan untuk wanita itu membuat kemunculan semula dalam dunia lakonan.
Sama-sama kita nantikan!