Ikuti Kami:

Lama Menyepi, Daesung BIGBANG Kembali Aktif Sertai Pelbagai Program Hiburan

Lama Menyepi, Daesung BIGBANG Kembali Aktif Sertai Pelbagai Program Hiburan

Sudah sertai agensi baru, pasti ramai yang menantikan kemunculan semula Daesung BIGBANG dalam rancangan hiburan.

Terbaru, pihak produksi program “How Do You Play?” telah mengumumkan bahawa Daesung akan muncul dalam rancangan berkenaan. Bagaimanapun, jadual siaran untuk episod lelaki itu masih belum ditentukan lagi.

Dengan ini, ahli BIGBANG itu akan reunion bersama dengan Yoo Jae-suk buat kali pertama dalam 13 tahun, sejak sama-sama menyertai program SBS “Family Outing”.

Sementara itu, Daesung juga telah keluar dari YG Entertainment pada lewat tahun lalu dan menyertai agensi baru R&D Company, dengan pasukan khusus untuknya yang dipanggil ‘D-LABLE’.

daesung bigbang

Selain itu, idola tersebut juga telah disahkan akan sertai rancangan pertandingan trot akan datang “King of Singers” sebagai hakim.

Yay Daesung kembali aktif!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...