Korang tengok tak lakonan Yook Sung-jae BTOB dalam “The Golden Spoon”?
Baru-baru ini, Sung-jae tampil sebagai teraju utama bagi drama webtoon MBC, “The Golden Spoon” sebagai Lee Seung-chun. Watak ini merupakan watak seorang pelajar yang lahir dalam keluarga susah yang menggunakan sudu emas untuk mengubah nasibnya dengan seorang rakannya yang lahir dalam keluarga mewah.Melihat kepada keserasian dan penyelarasan dengan watak, Yook Sung-jae berkata,
Ia sebenarnya benar-benar sukar. Apabila anda hidup selama hampir enam bulan dengan satu watak, personaliti asal kita akan tenggelam. Semasa penggambaran “The Golden Spoon”, saya hidup sebagai Seung Chun tanpa rehat seketika pun. Akibatnya, saya kian menjadi letih. Saya biasanya perlu mendapat rehat dan menikmati masa lapang saya.
Yook Sung-jae turut berkata dia ingin hidup berlandaskan takdir yang ditetapkan.
Sebagai manusia, sebagai Yook Sung-jae, ini adalah frasa kehidupan yang saya pegang. Tidak kisahlah bagaimana pun saya risau, masalah masih tak akan selesai dan ianya tidak akan merubah apa-apa pun. Oleh sebab itu, kalau kita dah jumpa kebahagiaan kita, cuba terima dan hidup sebaiknya. Kalau kita sedih pun, kita terima dan cuba perbaiki hidup kita. Macam itulah kita dapat tenangkan fikiran kita.
Saya secara sendirinya mempunyai masalah ‘overthinking’. Jadi, ada kalanya saya mengalami insomnia dan keadaan kesihatan saya menurun. Jadi, sekarang saya akan cuba untuk kurang berfikir terlalu banyak.
Sung-jae turut menambah,
Karier lakonan dan nyanyian saya amat berbeza. Di awal lakonan saya, saya berasa yakin yang saya boleh membawa apa jua watak. Namun, makin lama, saya sedar saya sendiri banyak kekurangan. Namun, setelah latihan yang kerap, saya rasa kebolehan lakonan saya kian membaik.
Ianya amat berbeza dengan nyanyian. Memandangkan saya tidak menulis atau menghasilkan lirik, saya perlu menyampaikan mesej lagu tersebut di atas pentas. Kalau berlakon, saya perlu menghidupkan skrip saya menerusi lakonan.
Sung-jae akhirnya berkata,
Jika harga diri anda mulai hilang, anda tidak akan berasa gembira. Saya rasa itu yang paling penting dan sehingga kini, saya tengah cuba hidup sambil mengekalkan nilai harga diri saya.
Betul la tu… kita hidup kena sentiasa gembira!