Ikuti Kami:

Lama Hilang, Peminat Lega Lihat Seo Yeji Sibuk Dengan Penggambaran ‘Eve’s Scandal’

Lama Hilang, Peminat Lega Lihat Seo Yeji Sibuk Dengan Penggambaran ‘Eve’s Scandal’

Selepas terpalit kontroversi akibat pendedahan mengenai hubungannya dengan bekas kekasih iaitu Kim Jung-hyun, Seo Ye-ji dilihat lebih senang mendiamkan diri kini.

Walaubagaimanapun, ramai yang menantikan wanita itu kembali ke dunia lakonan memandangkan bakatnya yang besar.

Terbaru, Seo Ye-ji dilihat gembira dan tersenyum riang semasa menyapa staf di lokasi penggambaran drama “Eve’s Scandal”. Malah ini ialah kali pertama Seo Ye-ji dilihat di khalayak umum selepas insiden berkenaan.

Walaupun sedikit kabur rakamannya, namun pelakon itu dilihat berada dalam keadaan baik sahaja. Bahkan ramai yang mula mempersoalkan dakwaan yang mengatakan bahawa Seo Ye-ji merupakan seorang yang sombong apabila melihat dia yang girang apabila menegur staf lain selain menundukkan kepala sebagai tanda hormat.

seo yeji

Untuk pengetahuan, “Eve’s Scandal” ialah drama romantik thriller mengenai saman penceraian golongan konglomerat yang bernilai 2 trilion won. Seo Ye-ji bakal membawa watak Lee Ra-el di mana dia merupakan seorang pewaris kaya dan merupakan seorang ‘bunga berbahaya’. Bahkan dia merupakan tumpuan utama dalam saman terbesar di Korea itu.

Tak sabar nak tengok Seo Ye-ji kembali berlakon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...