Ikuti Kami:

Lama Berdiam Diri, Jeon Somin Sah Akan Terajui Filem Thriller Romantik ‘Veranda’

Lama Berdiam Diri, Jeon Somin Sah Akan Terajui Filem Thriller Romantik ‘Veranda’

Lama berdiam diri selepas keluar “Running Man”, Jeon So-min akhirnya ada berita terbaru kepada peminat tentang projek lakonannya.

Terbaru pada 25 Jun, Jeon So-min, Ji Seung-hyun dan Haa Soo-ho telah disahkan akan terajui filem thriller romantik baru berjudul “Veranda”.

Dijangka akan ditayangkan pada 2025 nanti, filem ini mengisahkan tentang rahsia dan kebenaran orang yang akan ditunjukkan di sebuah ruang yang dipanggil apartmen, yang merupakan rumah biasa.

jeon somin veranda

Dalam filem ini, Jeon So-min akan menemui penonton dengan wataknya sebagai Jung Ha-yeon, yang diancam dan dituduh bahawa dia tahu tentang rahsia kematian suaminya. Wataknya juga merupakan seorang ibu kepada seorang anak lelaki bernama Aram.

Tambahan dalam projek ini, wanita itu dipercayai akan membuat transformasi sebagai seorang pelakon, dengan watak yang tidak pernah ditunjukkan sebelum ini.

Nantikan tayangan filem “Veranda” pada 2025 ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Newsen

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...