Ikuti Kami:

“Lakonannya Semakin Baik” – Penonton Puji Lakonan Nam Joohyuk Dalam ‘The School Nurse Files’

“Lakonannya Semakin Baik” – Penonton Puji Lakonan Nam Joohyuk Dalam ‘The School Nurse Files’

Jarang betul drama fantasi dilengkapi dengan watak jahat yang comel. Tetapi dalam “The School Nurse Files” terbitan Netflix, sudah pasti anda akan kagum melihat kejahatan yang ditonjolkan dalam bentuk jeli yang bewarna-warni dan pelbagai rupa.

Membawa kisah seorang jururawat sekolah Ahn Eun-young (Jung Yu-mi) yang mampu melihat jelmaan jeli jahat dan mempunyai kelebihan untuk menghapuskan mereka dengan pistol dan pedang mainan. Dia kemudiannya dibantu oleh guru sastera Cina iaitu Hong In-pyo (Nam Joo-hyuk) yang dalam diam sebenarnya merupakan ‘pengecas’ tenaga dek aura unik yang mengelilingi lelaki itu.

lakonan nam joohyuk dalam the school nurse files

Terkenal kerana kehebatannya melakonkan pelbagai watak berbeza, para penonton langsung tak merasa terkejut melihat karakternya sebagai jururawat sekolah dengan kemampuan luar biasa itu. Tetapi ramai yang terkejut melihat Nam Joo-hyuk mampu berdiri setanding dengan wanita itu dalam menghidupkan watak Hong In-pyo.

Perlu mengekalkan kumis yang nipis selain memakai pakaian yang besar daripada badannya, pelakon lelaki itu ternyata mampu membawa watak guru sastera Cina yang pendiam tersebut malah turut nampak realistik melakonkan karakteristik kaki yang sedikit tempang dek kemalangan motorsikal tak lama dahulu.

Seronok lihat keserasian Jung Yu-mi dan Nam Joo-hyuk

 

Nam Joo-hyuk memang sama betul dengan watak Hong In-pyo dalam novel

 

Lakonan Nam Joo-hyuk semakin lama semakin baik

 

Menakutkan apabila lihat Nam Joo-hyuk berjaya memperbaiki dirinya dalam masa yang singkat!

 

Nam Joo-hyuk nampaknya dah dapat tangkap deria lakonan kini

 

Lakonan Nam Joo-hyuk semakin baik sejak drama ‘Dazzling’

Bahkan penulis “The School Nurse Files” sendiri memuji lakonan Nam Joo-hyuk dan mengatakan bahawa,

Lakonan Nam Joo-hyuk sebagai Hong In-pyo sangat meninggalkan kesan. Malah tempoh tersebut membuatkan saya lebih memahami watak Hong In-pyo.

netflix the school nurse files

Nampaknya ramai yang dah mula mengubah persepsi terhadap lakonan Nam Joo-hyuk menerusi “The School Nurse Files”.

Nantikan pula drama “Start-Up” diterajui oleh Nam Joo-hyuk yang bakal ditayangkan 17 Oktober nanti. Mungkin dia akan menunjukkan lakonan yang lagi hebat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...