Ikuti Kami:

Lakonan ‘Tough’ Han Sohee Dipuji, ‘My Name’ No 4 Dalam Ranking Global Netflix Kini

Lakonan ‘Tough’ Han Sohee Dipuji, ‘My Name’ No 4 Dalam Ranking Global Netflix Kini

“My Name” kini merupakan drama Netflix baru yang kian menjadi sebutan ramai.

Baru sahaja 3 hari ditayangkan, “My Name” mendapat ulasan yang baik daripada laman filem popular. Setakat ini, siri berkenaan mendapat skor 8.2 dari 10 di iMDB dengan 344 ulasan dan di Douban pula, ia meraih skor sebanyak 7.9 dari 10 dengan 1,674 ulasan. Ianya secara tak langsung membuktikan bahawa plot siri itu selain lakonan heroin iaitu Han So-hee berjaya memukau penonton.

Berkat ketekunan wanita itu menghadiri sekolah aksi selama 3 bulan selain menaikkan berat badan sebanyak 10kg demi watak Yoon Ji-woo, lakonan aksinya membuatkan ramai lupa perana perempuan simpanan atau pun gadis lemah yang pernah ditunjukkan dalam “The World Of The Married” dan “Nevertheless” sebelum ini.

netflix my name

Kata mereka:

Wah dalam satu perkataan, hebat! Drama ini akan mengubah karier Han So-hee.

 

Saya tak minat dengan Han So-hee pada asalnya namun saya sukakannya kini. Lakonan dia sangat hebat, bayangkan dia sanggup lompat dalam api yang marak begitu sahaja.

 

Nampaknya tahap kekejaman adalah lebih tinggi daripada ‘Squid Game’, jadi kanak-kanak tidak boleh menontonnya.

 

Ianya mempunyai plot yang padat dengan plot twist tidak dijangka.

 

Nampaknya drama ini akan meletup sama seperti ‘D.P.’ dan ‘Squid Game’.

 

Drama ini bermula dengan Han So-hee dan berakhir dengan Han So-hee.

Malah ianya disenaraikan tinggi dalam ranking program TV popular di Netflix kini iaitu di tangga ke-4.

netflix my name

Bukan sahaja Han So-hee, Ahn Bo-hyun, Park Hee-soon, Jang Yul dan Lee Hak-joo juga turut menerima pujian kerana bakat lakonan hebat yang membuatkan “My Name” patut ditonton 110%.

Korang dah tengok belum?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...