Sepertinya Park Shin-hye berjaya melakukan comeback dalam dunia lakonan dengan baik!
Diterajui Park Shin-hye dan Kim Jae-young, “The Judge From Hell” ialah drama romantik fantasi yang mengisahkan tentang Kang Bit-na, seorang hakim mahkamah yang telah meninggal dunia namun hidup semula selepas syaitan dari neraka memasuki badannya.
“The Judge From Hell” yang baru sahaja ditayangkan minggu lepas, menjadi drama paling banyak ditonton pada malam Jumaat-Sabtu, dengan purata rating keseluruhan sebanyak 8% untuk episod ketiganya.
Dengan prestasi yang membanggakan ini, tidak mustahil drama berkenaan akan mencecah rating dua angka tak lama lagi. Malah penonton turut memuji kualiti lakonan Park Shin-hye yang semakin bermutu sebagai hakim tanpa belas kasihan itu.
Korang layan tak?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.