Kalau dah namanya pelakon, pasti tak lari daripada dibanjiri pelbagai kata-kata dari penonton kan?
Baru-baru ini, nama BoA menjadi bualan hangat di laman komuniti dek kemunculannya sebagai watak antagonis dalam “Marry My Husband”. Malah drama pertama penyanyi itu selepas 8 tahun nyata menimbulkan rasa minat orang ramai.
Pun begitu, rata-ratanya meninggalkan komen kurang memberangsangkan mengenai bakat lakonan BoA yang dikatakan agak kaku dan dituduh melakukan prosedur kecantikan pada bibir sehingga ia kelihatan besar dan tak natural.
Kelmarin, BoA telah mengadakan satu siaran langsung dan menyebut mengenai komen-komen jahat berkenaan. Katanya,
Bibir besar? Oh, sebenarnya saya ada tabiat ini. Jadi, nampak seperti ia memenuhi bibir saya. Ramai yang risau tapi ianya baik sahaja kan? Tak payah khuatir~ Bibir saya okay sahaja~
Bahkan BoA dilihat menenyeh bibirnya bagi membuktikan bahawa ia adalah natural dan tidak ‘dibuat’.
Nampak pelik ke?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.