Ikuti Kami:

Lakonan Hebat Kim Hyesu & Ju Jihoon Buat Ramai Seronok Tonton Drama Guaman ‘Hyena’!

Lakonan Hebat Kim Hyesu & Ju Jihoon Buat Ramai Seronok Tonton Drama Guaman ‘Hyena’!

Patah tumbuh, hilang berganti. Begitulah juga keadaan dalam arena drama Korea. Meskipun ada cerita best yang tamat tayangan, sudah pasti ianya akan digantikan dengan naskhah lain yang lagi hebat. Sama juga dengan drama “Stove League” yang berakhir dengan kesudahan pahit manis dan ianya kini digantikan dengan drama guaman “Hyena” yang diterajui oleh pelakon hebat Ju Jihoon dan Kim Hyesu!

Sinopsis ringkas “Hyena”

Jung Geumja (Kim Hyesu) ialah seorang peguam yang melanggar semua batasan bagi memastikan dia berjaya memenangi kes yang diwakilkannya. Manakala Yoon Heejae (Ju Jihoon) pula ialah seorang peguam elit yang yakin dengan kemahirannya selain mempunyai ego yang tinggi. Kedua peguam ini pantang bertemu di mahkamah dan akan berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan kes mewah yang dialami oleh golongan 1% tertinggi dalam masyarakat.

hyena

Pergaduhan antara dua peguam yang menghiburkan

Daripada awal tayangan lagi dapat dilihat bahawa kedua-dua peguam ini memang tak sebulu langsung! Bermula apabila Heejae yang dikhianati oleh Geumja. Disangkakan bahawa wanita itu benar-benar menyukainya, tetapi sebenarnya dia hanyalah berlakon bagi mendapatkan bukti untuk mengalahkan lelaki tersebut di mahkamah. Lagi sakit hati apabila Heejae sedar dia ditipu apabila mereka bersua muka di dalam bilik perbicaraan sebagai lawan.

kim hyesu hyena

Heejae sepertinya tidak dapat melupai Geumja kerana dia sering terbayangkan kehadiran wanita itu di sisinya. Tetapi apabila dimalukan sekali lagi, lelaki tersebut tekad untuk melakukan apa sahaja agar dapat mengalahkan wanita licik itu dalam kes yang seterusnya.

ju jihoon hyena

Penonton jatuh cinta dengan lakonan mantap Kim Hyesu dan Ju Jihoon

Tak payah persoal lagi kehebatan lakonan Kim Hyesu dan Ju Jihoon. Kedua nama hebat ini memang mendapat kepercayaan penuh daripada orang ramai apabila mutu lakonan mereka disebut. Sama juga dalam “Hyena”, sebab walaupun baru dua episod tetapi semua dah beri pujian melambung kepada kedua teraju utama ini.

Kim Hyesu yang bawa watak Geumja seorang samseng di lorong memang menghiburkan sungguh…

 

Babak karaoke Kim Hyesu – walaupun terasa sedikit pelik tetapi lakonan sebegitu hanya menjadi kerana Kim Hyesu yang melakonkannya.

 

Betul lah kalau nak khusyuk tengok drama, lakonan mesti best dahulu.

 

Persona Kim Hyesu dan Ju Jihoon adalah sangat hebat. Ekspresi muka mereka ‘hidup’.

 

Ju Jihoon memang daripada dulu hebat macam ni ke? Menghiburkan!

Sumber: Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...