Ikuti Kami:

Lakonan Hebat Go Soo Pun Tak Mampu Selamatkan, Drama Ekonomi ‘Money Game’ Tamat Dengan Rating 1%

Lakonan Hebat Go Soo Pun Tak Mampu Selamatkan, Drama Ekonomi ‘Money Game’ Tamat Dengan Rating 1%

Drama Korea memang pelbagai genre betul! Meskipun sekarang ini ramai yang lebih mengikut trend naskhah misteri dan thriller tetapi penonton masih lagi mempunyai opsyen untuk menonton tema lain seperti romantik, politik dan banyak lagi. Antara drama unik yang baru sahaja menghabiskan tayangannya di saluran tvN ialah “Money Game”.

Sinopsis “Money Game”

Sebuah bank yang memiliki ekuiti negara sedang berada di ambang bankrap. Negara kini mula risau sekiranya mereka akan berhadapan dengan krisis kewangan sama dengan yang menggegarkan Korea pada 1997 dahulu. Staf daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan kini berusaha keras untuk mengekang perkara itu daripada berlaku.

Chae Yihyun (Go Soo) ialah ketua kepada Biro Ekonomi Polis di suruhanjaya tersebut dan melakukan sebaik mungkin sebagai seorang birokrat ekonomi. Meskipun mempunyai ayah yang merupakan seorang pakar ekonomi terbaik di negara itu tetapi Chae Yihyun menyembunyikan hal tersebut daripada pengetahuan semua orang.

go soo money game

Heo Jae (Lee Sungmin) ialah merupakan pengarah kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan dan merupakan seorang lelaki yang bercita-cita tinggi. Disebabkan dia pernah melalui Krisis Kewangan Korea pada tahun 1997, lelaki itu berusaha untuk membaiki infrastruktur kewangan negara dengan apa cara sekali pun supaya mereka tidak mengalami krisis itu kembali.

Lee Hyejoon (Shim Eunkyung) mula bekerja di Biro Kewangan Antarabangsa di bawah kelolaan Kementerian Ekonomi dan Kewangan. Semasa krisis kewangan 1997 berlaku, dia masih kecil dan keluarganya mengalami kesusahan yang teruk pada ketika itu. Oleh sebab itu, dia berjanji kepada dirinya supaya memiliki sebuah bangunan apabila sudah berjaya nanti.

Drama pertama tentang birokrat ekonomi

“Money Game” merupakan drama pertama yang menampilkan disebalik tabir kehidupan birokrat ekonomi dalam dunia kewangan Korea. Naskhah ini menekankan tentang sesuatu isu yang baru dan cuba menimbulkan rasa simpati penonton dengan menonjolkan kehidupan sebenar rakyat yang bergelut dengan kehidupan seharian kerana perihal wang.

shim eunkyung money game

Drama ini juga membawa penonton kembali melalui kesusahan semasa krisis kewangan yang membebankan pada tahun 1997. Secara tak langsung, mengajar generasi muda  tentang kisah lampau yang membentuk Korea sekarang.

Episod berakhir dengan rating yang sedih

Meskipun dikemudi oleh pelakon hebat seperti Go Soo, Lee Sungmin dan Shim Eunkyung tetapi nampaknya ia tidak mampu membuatkan penonton setia menonton sehingga ke akhir tayangannya. Mungkin disebabkan oleh tema yang kurang popular, perkembangan plot dan penjelasan isu yang sukar difahami.

Menghampakan kerana “Money Game” terpaksa melabuhkan tirainya dengan rating yang hidup segan, mati tak mahu. Pada episod pertamanya, naskhah ini bejaya merekodkan rating yang agak bagus iaitu 3.52% namun prestasinya kian menurun sehinggalah ke episod akhirnya yang hanya mampu merekodkan catatan 1% rating.

shim eunkyung money gamePun begitu, rata-rata penonton yang setia dengan “Money Game” sejak daripada mula lagi meminta semua orang agar tidak menghakimi kehebatan sesuatu drama itu berdasarkan ratingnya sahaja. Penonton naskhah ekonomi ini memuji mutu lakonan baik yang ditonjolkan oleh barisan pelakon “Money Game” malahan turut memuji jalan ceritanya yang unik.

Nampaknya ramai penonton yang tidak dapat menerima pengisian berat seperti hal ekonomi ini untuk menghiburkan mereka selepas pulang daripada tempat kerja.

Sumber: Star Today

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...