Mesti ramai yang tengah layan drama “Good Partner” sekarang kan?
Diterajui Jang Na-ra dan Nam Ji-hyun, “Good Partner” mengisahkan tentang perjuangan antara dua peguam perceraian yang sangat berbeza iaitu Cha Eun-kyung (Jang Na-ra), seorang peguam yang sudah 17 tahun bekerja di Firma Peguam Daejung dan Han Yu-ri (Nam Ji-hyun), seorang peguam yang masih baru di sana.
Baru 3 episod ditayangkan, rating drama itu telah berjaya mencapai dua digit mencecah 10.5%. Kemudian untuk episod ke-4, ratingnya meningkat ke 13.7%, mencipta rekod peribadi baru untuk drama tersebut.
Sementara itu, “Good Partner” juga merupakan drama yang paling banyak ditonton sepanjang minggu.
Memang best drama ni!