Ikuti Kami:

Lakonan Hebat Dalam ‘IOTNBO’, Kwak Dongyeon Bakal Sertai Song Joongki Dalam Drama Baru ‘Vincenzo’

Lakonan Hebat Dalam ‘IOTNBO’, Kwak Dongyeon Bakal Sertai Song Joongki Dalam Drama Baru ‘Vincenzo’

Dengar cerita ramai yang dah teruja dengan drama baru yang bakal membawa Song Joong-ki sebagai teraju utamanya iaitu “Vincenzo”? Makin menggembirakan lagi kerana pelakon berbakat iaitu Kwak Dong-yeon juga telah disahkan bakal menghiasi naskhah ini.

“Vincenzo” yang bakal ditayangkan di tvN membawa kisah seorag peguam Itali dan juga penasihat guaman kepada seorang mafia iaitu Vincenzo Cassano telah pulang ke Korea dek konflik yang tercetus di dalam organisasinya. Tanpa sengaja dia berkenalan dengan peguam tegas iaitu Hong Cha-young dan bersama-sama, mereka cuba menegakkan keadilan dengan menggunakan kaedah yang digunakan penjahat.

tvn vincenzo

Selepas menunjukkan bakat lakonannya sebagai pelakon jemputan dalam ‘It’s Okay To Not Be Okay’, Kwak Dong-yeon akan menggalas tanggungjawab membawa watak Jang Han-seo iaitu ketua kepada Babel Group. Sudah pun merasai keseronokan kuasa dan kekayaan sejak kecil, lelaki ini merupakan watak antagonis ganas yang dahagakan lemenangan. Pun bagitu, walaupun Jang Han-seo nampak seperti sering menyalah gunakan kuasanya dan menyusahkan orang lain tanpa rasa bersalah tetapi di dalam, dia sebenarnya dipenuhi dengan ketakutan.

Rata-rata penonton sudah pun meluahkan rasa teruja mereka dengan kombinasi pelakon untuk drama “Vincenzo” ini. Song Joong-ki akan membawa watak utama Vincenzo, Jeon Yeo-bin pula sebagai peguam Hong Cha-young manakalah Taec-yeon pula membawa watak pelajar praktikal Jang Jun-woo di firma guaman yang Hong Cha-young bertugas.

kwak dongyeon vincenzo

“Vincezo” dikhabarkan bakal bersiaran pada pertengahan awal 2021. Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...