Lain macam ya K-Drama sekarang ni..
Terbaru, Nam Yoon-su dan Jin Ho-eun telah menemui penonton dalam drama hubungan songsang “Love in the Big City”, mengikuti seorang lelaki homoseksual, yang telah bertemu cinta sejatinya. Namun, dia terpaksa melepaskannya dan mengikuti orang tak dikenali ke Thailand.
Pada 21 Oktober, kesemua 8 episod drama itu telah dikeluarkan, mengejutkan penonton dengan babak intim keterlaluan antara dua pelakon lelaki tersebut.
Malahan, babak berdurasi 1 minit yang dimuat naik di laman X itu telah meraih lebih 1 juta penonton setakat ini, dengan rata-rata netizen mendakwa bahawa ini adalah drama cinta sesama jenis Korea pertama yang memaparkan adegan mesra sebegitu.
Sementara itu, “Love in the Big City” turut diadaptasikan kepada sebuah filem, yang diterajui Kim Go-eun dan Noh Sang-hyun.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.