Ikuti Kami:

“Lain Kali Saya Akan..” – Perli Han Sohee & Ryu Junyeol Padahal Dah Ada Pengganti, Hyeri Minta Maaf Selepas Teruk Dikecam

“Lain Kali Saya Akan..” – Perli Han Sohee & Ryu Junyeol Padahal Dah Ada Pengganti, Hyeri Minta Maaf Selepas Teruk Dikecam

Selepas hampir 2 tahun berpisah dengan Ryu Jun-yeol, Hye-ri katanya dah jumpa pengganti baru?

Sebelum ini, terdapat laporan menyatakan bahawa Hye-ri sudah setahun bercinta dengan Wootae, iaitu seorang penari yang dikenali menerusi “Street Dance Fighter”. Memandangkan ia adalah hal peribadi artis, agensi nampaknya enggan memberi respon lanjut.

Meskipun ramai yang tumpang bahagia untuk Hye-ri, namun timbul semula perbincangan mengenai kontroversinya bersama Han So-hee pada tahun lalu.

Khususnya, ramai yang mempersoalkan sebab Hye-ri sengaja memuat naik hantaran di Instagram memerli hubungan Han So-hee dan Ryu Jun-yeol pada tahun lalu, walaupun dia sendiri sudah mempunyai pengganti.

Pada ketika itu, Han So-hee telah teruk dikecam sehingga dia terpaksa melepaskan beberapa projek lakonan. Dengan ini, peminat menggesa Hye-ri untuk meminta maaf kepada pelakon “My Name” itu kerana memburukkan namanya.

Mungkin perasan dengan segala kritikan yang diterima, ahli Girls’ Day itu meluahkan perasaanya di Bubble dengan menulis,

Saya telah dikecam untuk masa yang lama jadi saya ok sahaja. Tetapi apabila ia menyakiti awak, itu menghancurkan hati saya. Lain kali saya akan lebih berhati-hati. Terima kasih selalu dan saya minta maaf. Saya sayang awak.

Setiap yang berlaku ada sebabnya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Top Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...